Monday, March 30, 2009

Bingkisan Naning

Peninggalan Sejarah

Setiap tempat mempunyai keunikan dan tinggalan sejarah . Sudah pasti anda sebagai penggemar blog ingin mengetahui bagaimana sejarah terciptanya nama Taboh Naning.Disini ingin saya berkongsi sedikit bingkisan cerita sejarah mengenainnya.
Asal usul nama Taboh Naning telah diperolehi melalui satu peristiwa mengenai penyengat kuning dan Taboh ( Bedok ).Ceritanya berkisar mengenai sekumpulan anak tempatan iaitu orang Melaka menyertai Kumpulan Datuk Perpateh pergi menerokai tanah.Perjalanan melalui bukit dan paya sehingga ke Bukit Bisu( Bukit Penyalang ) dan disitulah Datuk Megat Alam Melintang membuka dan meneroka tanah.
Sebelum sampai ke Bukit Bisu mereka melalui bukit yang tinggi , paya yang dalam dan mereka terjumpa 3 pulau sejajar.Diatas pulau dan ditengahnya ada sebuah sarang Naning ( penyengat kuning yang sangat bisa ).
Taboh ( adalah sejenis Bedok ) digunakan di masjid - masjid atau surau untuk memberitahu masuknya waktu solat atau berlakunya sesuatu perkara seperti kematian.Taboh ini dijumpai pada hari permulaan penerokaan tanah Naning dimana pada hari tersebut telah berlaku peristiwa ganjil kerana Taboh ( Bedok ) telah berbunyi dengan sendiri.Taboh( Bedok) tersebut juga berbunyi dengan sendiri pada masa tertentu seperti menjelang petang Jumaat dan pada masa perkara yang tidak dingingi berlaku di kawasan Naning.
Kedua-dua kejadian ini telah menyebabkan terciptanya nama ini " TABOH NANING".